AKIM - Official Portal

ANUGERAH KECEMERLANGAN INDUSTRI & MASYARAKAT

Syarat Umum

  1. Permohonan adalah melalui borang permohonan atas talian yang disediakan dalam portal AKIM.
  2. Pemohon/ Fakulti atau PTJ adalah diingatkan untuk membaca dan memahami garis panduan anugerah beserta panduan portfolio sebelum membuat permohonan.
  3. Permohonan mestilah disertakan dengan portfolio dan maklumat serta bukti yang sah dan lengkap. PERMOHONAN YANG TIDAK LENGKAP TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.
  4. Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 FEBRUARI 2019 (JUMAAT). PERMOHONAN YANG LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.
  5. Calon yang telah melepasi tapisan awal perlu membuat pembentangan kepada panel penilai. Pembentangan tersebut perlu dibuat menggunakan perisian Microsoft Powerpoint. Masa yang diperuntukkan adalah selama 25 minit.[Pembentangan (10 minit) & Temubual (15 minit)]
  6. Calon adalah diminta untuk hadir ke tempat pembentangan sekurang-kurang 15 minit awal daripada jadual yang telah ditetapkan (Akan dimaklumkan kemudian)
  7. Calon yang berjaya akan diraikan dalam Hari Kualiti & Inovasi UMP yang diselaraskan di bawah Jabatan Hal Ehwal Korporat & Kualiti (JHKK)
  8. Sekiranya terdapat sebarang maklumat palsu atau penipuan, panel juri berhak untuk menarik balik anugerah.
  9. Keputusan panel juri adalah muktamad.